Thursday

SELSEMA

HARINI DISERANG FLU LG..
AGAK TERUK SBB SY MMG ADE RESDUNG...;'(


membuatkan sy tertarik dgn pakar howTO ni..
kata2nya:

Sekarang ini keadaan cuaca tidak menentu.
Ramai diantara kita yang terkena selsema.
Hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair, bersin-bersin…
semua itu adalah tanda-tanda seseorang itu telah terkena selsema.

Baru-baru ini, bapa saudara saya dari Raub telah datang berziarah ke rumah saya.
Kebetulan waktu itu, isteri saya demam+selsema.
Dah hampir sebulan dia selsema, tapi tak baik-baik.
Dan dah bermacam-macam ubat dia telan, tapi tak jugak ‘jalan’.

Apabila diceritakan masalah isteri saya tu kepada bapa saudara saya tu,
lantas bapa saudara pun berkata,
“Laaa kenape la awok tak tanye Ayoh De… Ayoh De ade petua macammana nok sembuh kan selsema. Petua ni senang jer nok buat.” katanya.

Belum pun sempat saya berkata apa-apa, bapa saudara saya lantas menarik tangan saya menuju ke bilik air. “Mari sini Ayoh De nok ajor awok petua tu” katanya lagi.

Di bilik air itu, Ayoh De saya menadah air dengan menggunakan tangannya. (tadah air macam orang nak amik air sembahyang).
Pastu dia memasukkan air ke dalam hidungnya, dan membiarkan air itu di dalam hidungnya sehingga beberapa saat.
Kemudian dia hembus keluar air tersebut.
Dia mengulangi perbuatan memasukkan air ke hidung dan menghembuskan keluar air tersebut sebanyak 3 kali.
Setelah selesai, dia pun berkata kepada saya ;

“Haaa nilah petua untuk mengelakkan/menyembuhkan daripada terkena selsema. Lagi elok kalau gunakan air suam.”

“Kalau dah selalu sangat bersin…atau terasa hidung macam tersumbat tu…cepat2lah praktikkan petua ni…insyaAllah, pasti selsema akan baik!”
Katanya.

Nota :
1-Lakukan petua ini setidak-tidaknya 3 kali sehari terutamanya ketika baru bangun dari tidur.
2-Gunakan air suam untuk lebih mujarab.
3-Air hendaklah dimasukkan ke dalam…hingga ke pangkal hidung.
4-Tahan air di dalam hidung dari 3 ke 5 saat…kemudian hembus dengan kuat.


DOA NABI AYYUB AS SAAT SAKIT:

رَبِّّ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamur roohimiin
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua Penyayang.
(QS. An-Anbiya 21 : 83)

Semoga mendapat manfaat bersama..lalala~~~


No comments: