Monday

nasihat ?





salam all.


sorila ter 'update' pulak.
boring kalau asyik study je...

ni ada nak share sket.
semoga beroleh manfaat.
hope sume mampu atasi stres yg melanda skrg..
usaha doa tawakal!!!
kalau korang rasa nervous,tak yakin,byk2 kan baca surah al-insyirah ye....


smile=)


Halawatul Iman
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.
 


Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
Ayuh semua sahabatku,
kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati. 





p/s: jaga lah hubungan dgn Allah dan hbgn sesama manusia.




Friday

bye!

salam.
bye sume.
sori salah silap.


semoga kamu sentiasa dalam rahmat Allah.
doakan saya utk final exam nnt.
dan.kepada kawan2 sy yg selalu sy amek berat.
sori if pasni kurang amek berat dah...
sebab takut menyusahkan anda.


oke..mood dah lain sejak balik dr UPSI.
rindu sgt2 kat umah.
tp,tak balik pun takpe.
pas final baru balik ok.


bersabar.
sy doakan kamu semua berjaya final exam nnt.
halalkan makan minum.
maafkan kesalahan diri ini..


wasalam.

Thursday

korang rasa kenapa lelaki xnaik BASIKAL gi kelas?




 post kali ni saje je,awal2 nak mintak maaf dulu ea...haha..

hehe..entri ni dah lama nak post sebenarnye..
member lak si TERBAEK DARI AKU tu dah slalu sgt update...so,diri sendiri rase nak update jugaklah.hehe..

basikal.
nak tanya je..
melalui pemerhatian.
kenapa jarang jarang dilihat ..cewahh..ayat mcm ape je kan.
hehe...
camni.cube korang yg duk kat usm kkj ni tgk.ade bape org laki melayu je gi kelas nek basikal?
hahaha....
so,setelah membuat mcm2 andaian sendiri..ni lah hasilnya...

1. takut saham kemachOan menurun..haha
2. kedekut  syg gle duit nak beli basikal.
3.nak jalan ramai2 mengumpat je.=p..
4.kalau jln sorg2 lak,leh layan mood sendiri sorg2.....haha
5.rasa nak exercise.lemak makin menebal
6.penat or takut berpanas terik naik beskal.
7.leceh kot..nak pam je selalu...
8.nak kelihatan matang kot..hahhaa..[yela...nek beskal mcm bdk2 je kan..eh..yeke?..haha]


haha..oke oke...ampun ampun...ni andaian je..xde kena mengena dgn yg hidup atau yg tiada...
heehe..bg sy, bskl ni kira transport penting gakla..

cth kalau nak cepat,jimat masa,kalau yg xde keta ke moto ke, basikal pun kira oke la kan.
nak gi kelas malam ke sume settle.hehe...

so,korang pulak rasa nape ye sang arjuna xberbasikal..haha..kalau kita perhatikan,chinese boys master pun ade yg gne basikal lg gi kelas..so,ape pendapat?haha...jgn marah ye..gurau je.!





Silence is one of the hardest arguments to refute. [Josh Billings]


Monday

masam pahit manis!








walau kita dah berjaya merancang yg terbaik..tp ada juga hal hal yg tercicir...mungkin certain org je tau apa yg membelenggu otak sy skrgni...

CINTA?
KAWAN?
STRES?
SAKIT?
HP?
INTENET?
TIDO?
MALAS?

so far sume tu dlm proses utk dikatakan berjaya dibuang jauh2...tp ade satu benda ni dtg menyinggah pulak dah...
sesak nafas bila fikir halni...tak tau lah nape...kenapa mesti sy? 

papepun...nak elak fikir lama2 halni..sy gi jumpa kawan..gi jalan jalan..ckp kuat2...gelak kuat2...hahahhahaha..
so,tak pikir lagi dah...

happy! fikir yg indah2 je,,,fikirlah nikmat yg dikecapi skrg,,,tu je leh wat tersenyum dan bersyukur. 

oke...harus berubah.cari kekuatan.buat masa ni tolonglah sy harap orang yg berkaitan tak sms sy..tak call sy..xcari sy..tolonglah...sy xnak cakap apa apa buat masani.

i need sometime..and i need someone to talk to.but,the best is Allah.He knows everything.

Sometimes, Allah sends us pain so we can be stronger. Sometimes, He sends
us failure so we can be humble. Sometimes, He sends us illness so we can
take better care of our selves. Sometimes, He takes everything away
from us so we can learn the value of everything we have.





“Some say, You don’t know what you have until you lose it, but the fact is: You always know what you have. You just never thought you would lose it..”




Xmau sedih sedih macam atasni oke.....



ceria selalu!!! sekurang kurangnya melambatkan proses penuaan...haha....hopefully...
INSHA ALLAH :)






suratan.

bismillah.
bila ape yg dirancang xmcm diharapkan..
perlu balik pada yg asal.
diri ini tak perlu disegankan.
ingin saja selalu berdampingan.
tapi apakan daya jika tidak diperlukan.
harus mencari jalan penyelesaian.
pergi pada yg memerlukan.
supaya diri xmenjejaskan.
doakan saja kesejahteraan.


bila yg dipercaya mengecewakan.
anggap saja sudah suratan.
harus juga terima kegagalan.
dr kegagalan muncul kejayaan.
buang saja segala pandangan.
ambil saja semua cabaran.
gantikan segala kegundahan.
pupuk saja sebuah kekuatan.
menghadapi segala dugaan.
bangkit dari kealpaan.
supaya tiada tangisan.
berusaha jauhi kejahatan.
kerana kejayaan bukan pengukur perjalanan.
tapi taqwa sebagai bekalan.


maafkan ku andai mengecewakan.
dari segi lain mahupun pelajaran.
akan ku usahakan mencapai kejayaan.
maafkan ku andai memerlukan perhatian.
sudah ku nekad takkan menyusahkan.
terimalah segala sebagai suratan.
penentuan takdir ditentukan Tuhan.




minta maaf salah silap tak dapat jadi adik@kawan@sahabat@rakan dan taulan @makcik@saudara yang baik...

Saturday

lupa dan ingat.





ni saya share dr  saudara ini





PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA 

 Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
  
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! 


Wasalam



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)


Friday

cepat! yg mana diri anda?








ni entri dr blog kawan sy sebenar nya..AIDIL 
tp yg ori nye maybe kot dr blog ni RUANG RINDU

so,rasa macam best lah pulak..haha..
even rase macam korang mesti penah tau pasal perkara ni.
tp xpe! juz share je..ahaha
.sy ske pelok bantal..no.1 kot...korang pun bgtau lah 
korang jenis yg no. bape..hehe...
taknak gitau pun takpe...
baceje..then senyum sendiri sorang2 k..hihi...
sampaikan lah walau satu ayat.
so,ni kira share something yg special jugakkan..

selamat menilai diri anda!


"Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal~ Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
~ Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
~ Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
~ Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
~ Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
~ Mereka biasanya kurang kenyakinan.
~ Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
~ Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
~ Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya..
~ Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
~ Mereka mempunyai sifat kurang baik.
~ Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
~ Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
~ Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
~ Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
~ Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
~ Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
~ Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!! Kih, kih, kih … Jangan Marah Haa …





Thursday

to all my frens ;)

terima kasih buat sahabat yg memberi pic ini kepada saya....:)






jap..nak cite..entri ni khas utk sume kawan yg mengenali diri ini..
tak kira lah penah jumpa atau tak.
khas utk kawan2:
tadika kg chokoh
sk seri sinaran chokoh,pontian
sk andek mori,pontian
sm sains johor,kluang,johor
kolej matrikulasi johor,tangkak
usm kampus kejuruteraan


erk..dah byk rupanya fasa yg kita lalui..mesti byk kan duit yg ibu bapa dan keluarga kita beri utk besarkan kita..belom lg tenaga dan masa mereka..jadi! jgn sia sia kan mereka oke! eheheh..




tempat kerja:


KRIS 24JAM
KEDAI KASUT YUKI,ULU TIRAM,JOHOR
KILANG PLASTIC PRECIMOLD SDN.BHD,AIR BIRU,PASIR GUDANG,
KILANG MUNIVAC SDN.BHD,JOHOR.


i wish everyday is a good day..inshaAllah!


‎"Dan jadilah benih yang baik jika jatuh di laut menjadi pulau dan jika jatuh di tanah akan tumbuh merendang hingga dapat dijadikan teduhan. Tetap mejatuhkan buah walau manusia melontar batu atau kayu". inshaAllah :)‌







never say goodbye..but say see u later :)








entri ke 70






oke..
sekarang ni kena pulun habis habisan...mungkin dah jarang update...
kalau rase ade benda nak share nnt sy tulis k..


sy sayang semua..sy doakan semua bahagia dan mendapat apa yg diimpi2 kan..inshaAllah;)


nak tgk jadual exam sy tak..haha...tp draf je pon..
tak payah lah k...selamat berjuang kawan2!!!!!












cantik sangat2 ciptaan Allah...subhanallah....