Tuesday

love :)

a flower of hope :)




# Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…

Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

With love -Your sister in faith.(drpd seorg hamba Allah)


# Sedarilah insan istimewa bahawa kelembutan bukan kelemahan.Bukan jua penghinaan dari tuhan,bahkan sebagai hiasan kecantikan


#Alangkah indahnya,
Jika kita seperti Rabiatul Adawiyah,
Mengintai cinta suci sepi dinihari,
Aku menyembah bukan mengharapkan syurgaMu,
Bukan jua kerana takut akan siksa nerakaMu,
Tetapi,Kerana rinduku kepadaMu

# 4 golongan yang akan ditarik ke neraka oleh wanita

1.
Ayahnya. Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2.
Suaminya .Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan sholat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

3.
Abangnya.Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita di akhirat nanti.

4
.Anak lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, bergunjing, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

(sekadar peringatan bersama-peliharala diri utk org tersyg)










3 comments:

shinoda said...

ske3...

Shinu said...

Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

i like!!

NORFA'EIZEN said...

syu- ske ke..ske yg mana tu..hihi
asilah- i like it too! marilah kita buat apa yg disukai Allah..jadi kekasihnya no.1!!