Saturday

puasa makruh dan puasa haram





salam,
juz want to let this entry be ur reference when u're confusing,or forgot something that u've learned before:)


Makrud ada 2  jenis;
1. Makruh Tahrimi - ialah perkara makruh yang lebih dekat kepada haram
2. Makruh Tanzihi - ialah yang lebih dekat kepada halal [maksud dengan istilah makruh pada umumnya]. Jadi, Hukum Makruh, sebagaimana didefinisikan oleh para ulama ialah perkara yang apabila ditinggalkan kita mendapatkan pahala, dan apabila dikerjakan tidak mendapatkan dosa.


Makruh pada kita umat Islam untuk berpuasa pada hari-hari berikut:
Puasa pada hari Jumat sahaja. Ini adalah kerana hari Jumaat adalah merupakan hari kebesaran bagi umat Islam. Tetapi jika digabungkan puasa hari Jumaat itu dengan puasa satu hari yang lain [sama ada pada hari sebelumnya atau selepasnya], maka tidaklah dihukumkan makruh puasa hari Jumaat. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya”. - Riwayat Bukhari.


Puasa pada hari Sabtu sahaja. Ini adalah kerana hari Sabtu merupakan hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati [pada hari itu apa-apa makanan] melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya [supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu]".


Puasa hari Ahad sahaja. Ini kerana, hari Ahad merupakan hari kebesaran bagi orang-orang Nasrani. Diriwayatkan oleh An-Nasa‘i bahawa hari-hari yang paling banyak Rasulullah saw melakukan puasa ialah hari Sabtu dan Ahad [dengan bergabung], dan baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Sabtu dan Ahad adalah dua hari raya bagi orang-orang musyrik dan aku suka supaya aku menyalahi mereka."


Namun, sekiranya puasa pada hari Ahad dan Sabtu diiringi oleh puasa hari Isnin atau Jumaat, maka tidak dikatakan bahawa puasa hari tersebut hukumnya makruh.


Puasa sepanjang tahun. Puasa sepanjang tahun boleh memudaratkan diri. Maka, makruh berpuasa sepanjang tahun. Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa aku pernah berkata: Aku akan beribadat di waktu malam dan akan berpuasa pada siang hari sepanjang hidupku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkaukah yang telah berkata demikian? Aku berkata kepada baginda: Akulah yang telah berkata demikian wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau tidak akan berkuasa melakukannya. Baginda menambah: Berpuasa dan berbukalah. Tidur dan beribadatlah di waktu malam. Berpuasalah tiga hari dalam sebulan kerana satu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang menyamai berpuasa setahun. Lalu aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: Aku mampu melakukan lebih dari itu. Baginda bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari. Aku berkata kepada baginda: Aku mampu berbuat lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah cara puasa Nabi Daud a.s dan puasa yang sederhana. Aku berkata lagi: Aku masih mampu berbuat lebih dari itu. Baginda bersabda: Tiada yang lebih baik dari itu. Abdullah bin Amru r.a berkata: Tentu saja aku terima berpuasa tiga hari sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang aku lebih cintai daripada isteri dan hartaku.


***




Puasa Haram.
Larangan berpuasa pada hari-hari berikut adalah jelas dan kita sebagai umat Islam perlu mengelak dari melakukannya.


Puasa pada dua hari raya. Dari Abu Ubaid hamba ibnu Azhar berkata, saya menyaksikan hari raya [yakni mengikuti solat `Eid] bersama Umar bin Khattab r.a, lalu beliau berkata, "Ini adalah dua hari yang dilarang oleh Rasulullah saw. Untuk mengerjakan puasa, yaitu hari kamu semua berbuka dari puasamu [1 Syawwal] dan hari yang lain yang kamu semua makan pada hari itu, yaitu ibadah hajimu. - Riwayat Shahih Bukhari.


Hari-Hari Tasyriq Haram berpuasa pada hari-hari tasyriq yaitu tiga hari berturut-turut [11, 12 & 13 Dzulhijjah] setelah hari raya Idul adha berdasarkan riwayat Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw mengutus Abdullah bin Hudzaifah mengelilingi Kota Mina utk menyampaikan "Janganlah kamu berpuasa pada hari ini krn ia merupakan hari makan minum dan berzikir kepada Allah”.


Hari syak iaitu 30 Syaaban. Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada [Rasul Allah] Aba al-Qasim s.a.w." - Hadith Hasan Sahih


"Hari syak" atau "hari yang diragukan", ialah hari ke-30 dalam bulan Syaaban. Puasa pada hari tersebut adalah haram hukumnya dan tidak sah puasanya.


Kecuali, kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka dibenarkan untuk berpuasa.


Begitu juga dengan orang yang biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" atau "puasa 3 bulan penuh", maka berpuasa pada hari tersebut juga tidak dilarang.


2 comments:

iqbalsyarie said...

terima kasih atas ilmu. boleh ulang kaji. banyak lupa. banyak2 terima kasih ya :)

Shinu said...

ok.. fhm