Tuesday

sharing dr najaa yg baik n cantik =)



‎" Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."


- Imam Al-Ghazali -




share dr fb dia.
sgt menyentuh perasaan.

jiwa kacau.
anggapje lah ini dugaan dlm hidup.
Allah nak tgk cara aku mengatasi mslh sendri dan Allah nak aku merayu dan merindui Dia semula.
OH ALLAH. BETAPA AKUNI ALPA.


Sekerap mana pun aku buat salah, Allah tetap ingat kan aku supaya minta maaf pd org tu. tak kesah lah org tu maafkan ke tak.
Allah dah kurnia kan hati yg sentiasa gelisah bila org tak maafkan, nak buat macamna, dan Allah dah kurniakan hati yg kadang2 jht 
xfikir perasaan org lain, nak buat macamana,
dan sekarang, aku kena kuat, dan janji jgn sakiti hati sesiapa lg, lebih2 lg Allah. ALLAH ALLAH ALLAH.
Byk dosa aku buat, aku nak rasa kemanisan iman, mcm dlu2...skrg hati aku makin jauh aku rasa,
bila jatuh sket, aku nangis mcm nak mati, padahal itu ujian.
Allah nak bg aku ujian. tanda Dia nak aku mengadap Dia, nak aku dekat pd Dia. 

Bayangkan kalau aku sentiasa leka, dan aku rasa bongkak, aku rasa nk marah2 je, aku rasa org lain buat silap, aku betul, 
ada ke aku mengadap pd Allah, menangis dan mengadu pd Allah? takkan? aku lebih pd facebook semata2..
ya Allah, jahil nya aku. bodohnya aku.
aku meminta ampun bukan kerana aku ingin disanjung,
sebab hanya satu.
kerana Allah. sebab aku takut seksaan Allah nnt.
dan sekarang aku lebih berhati2 dalam buat segala tindakan.
kerana aku dah kenal mana batu dan mana permata.
semuanya sama. cuma kadang2 permata boleh jadi batu dek kerana nafsu yg bertuhankan syaitan.
syaitan ada  kat mana2 nak hancurkan anak adam mcm aku.
aku syg mereka. keluarga dan kawan.
terkadang, aku byk berfikir dan aku lebih sensitif. bodohnya aku.
sekarang aku lebih waras n bertindak lebih matang.
maafkan aku duhai kawan, aku yg bersalah.
aku aggap mcm kalian darah daging aku sendiri to be granted.
aku terlupa kamu semua milik mak ayah kamu, dan Allah.
aku lupa kamu juga punya komitmen lain,
dan aku juga cuai dlm menjaga hati kamu.
aku tersama kan kamu dgn kwn2 baik ku sebelum ini.
maafkan aku.
aku tak layak disayangi pun.
aku sedar itu...


maafkan aku.
maafkan aku.


satu je pintaku.
maafkan aku.
seperti mana aku dapat memaafkan kesalahan org lain pd ku yg kecik dan yg besar dan yg menikam hatini biar lah Allah je yg tahu kenangan2 tu...semoga Allah berikan taufik dan hidayahNya pd aku, family aku dan kawan2 aku. Jd kan aku perempuan yg lebih elok dalaman dan luaran, di kaca mata manusia, di kaca mata Mu, di luar pandangan manusia atau di hadapan mereka, elok kan hati ini Ya Allah, elakkan dari menjadi hitam, elakkan yaAllah. tarbiyah Mu belum cukup sampai di hati ini... aku teringin sangat nak jd mcm kawan baik aku NURUL AIN ZAKARIA. tarbiyah yg dia dapat sungguh luar biasa, dan aku rasa sgt2 nak dpt semua itu. cuma pd masa skrg, kembalikan kebahagiaan kepada keluarga ku YaAllah,diri ku dan kwn2 ku. dan juga bakal penghuni hati ku. semoga hubungan kami berada dlm redha Mu, bukan seperti sebelum2 ini. Aku mohon ya Allah.. aku bukan insan kamil. jauh sekali. sek pun bukan sek agama, hidup dlu2 pun tunggang langgang. jgn Kau tarik hidayah Mu setelah Kau berikan pd ku YaAllah...sesungguhnya, pd Mu jua lah aku aku memohon petunjuk dan pd Mu jualah aku kembali. 


semua org ada masalah. aku harap aku dpt simpan masalah2 lain aku dgn Allah sahaja. Al quran dan Allah. inshaAllah. itu lah penawar segala2nya...

basahkan lah hati ku ini yaAllah. aku percaya, bila hati kita dekat sgt2 pada Allah, makin kuat kita diuji, tp tolong lah ya Allah, jgn benarkan aku buat kesilapan bodoh lg...tlg aku ya Allah...biarlah aku diuji bukan dr kesilapan aku yg sebegitu. yg merugikan diri sendiri. yg merunsingkan diri sendiri.yg mengelirukan dan membuat org lain tertekan. aku mohon ya Allah, lindungi lah mereka semua yg aku dah buat salah, Kau berilah cahaya perlindungan kpd mereka, redhakanlah setiap perbuatan mereka. ini lah doa yg selalu aku titipkan bila aku teringat mereka.selain berharap aku dimaafkan. aku bukan mahu dinobat sbg pmpn baik, atau bajet baik. tp itu lah yg aku mampu buat, selebihnya biar lah Allah mengesah kan sama ada aku bajet baik atau pun tidak. aku ikhlas mendoakan dan aku menyesal atas kesalahan2 aku. aku ptt gapai cinta Allah sebelum ini.bukan cinta manusia. lihat, betapa ramai nya kawan2 aku dah menggapai cinta Allah?
sgt ramai. hidup mereka tenang, kurang buat salah pd manusia, justeru mereka lebih fokus pd akhirat, mereka selalu ingat mengingati perkara baik dan buruk, mereka sering memaafkan walau dah dikeji dan niat mereka disalah erti,mereka juga tak jemu memegang erat org2 yg berhati keras. Allah, minta aku bkn sahaja dapat jadi spt itu, malah lebih dr itu inshaAllah. SEMUA INI UNTUK MENARIK IBU BAPA, ABG, KAKAK ku ke SYURGA nnt. INSHAALLAH.  kalau aku lemah , bagaimana aku akan bantu mereka? sedangkan aku selalu bermimpi ttg arwah ayah dan mak. tanda mereka merindui aku kan? :'(
maafkan anak mu mak, ayah, yaAllah naikkanlah semula iman ku yg sudah turun ini. inshaAllah. 



Allahughayatunna.



-insan lemah lg berdosa-





1 comment:

Anonymous said...

semua manusia tidak sempurna, tidak akan lepas daripada setiap salah dan silap. tetapi kita sebagai hamba hakiki kena sedar tnggungjawab untuk memperbaiki diri. kalau kita buat amal soleh Allah tak lebih, kalau kta tak buat pun, Allah tak rugi. sama2 kita muhsabah setakat mana kita punya pengabdian, pergantungan dan terima kasih kita kepada Allah.

semoga terus kuat.